LONDON – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes membayangkan dia mungkin meninggalkan kelab pada penghujung musim namun hanya mempertimbangkan destinasi barunya sehingga selepas saingan Kejohanan Eropah (Euro) pada Jun nanti.
Bintang Portugal itu menjadi salah satu seorang pemain terbaik semesa pasukannya berada dalam musim yang sukar di bawah kendalian Erik ten Hag dengan berada di tempat keanam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
“Saya tidak terlalu memikirkan masa depan apatah lagi kerana musim belum berada pada tahap yang saya harapkan – sama ada secara individu ataupun kolektif setakat ini.
“Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan Euro nanti.
“Tiada apa-apa perkara yang dapat mengalihkan tumpuan saya selain daripada perlawanan akhir Piala FA dan Eiro kerana tidak ada yang lebih penting daripada itu buat masa ini,” kanya kepada DAZN.
Fernandes telah menjaringkan sebanyak 15 gol dan 11 bantuan jaringan dan menjadi pemain pertama mencipta lebih 100 peluang dalam EPL pada musim ini ketika seri dengan Burnley pada Sabtu lalu.
Sebelum ini timbul berita mengenai para pemain utama kelab bakal dijual untuk projek rombakan besar-besaran yang dilakukan United selepas menampilkan prestasi longlai musim ini apabila gagal ke saingan Liga Juara-Juara walaupun layak ke final Piala. – Agensi