Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ditemui media selepas memberikan syarahan pada program Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being (DLS) anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia hari ini.

SERDANG – Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya menangani secara proaktif berkaitan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.

Ia termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan bagi 2027 dan intervensi kurikulum dalam menangani keciciran pembelajaran.

“Kita kena sentiasa optimis dengan pendidkan ini. Apa jua laporan harus melihat dan tangani dengan penuh cermat bersama dengan tindakan yang progresif.

“Ingin saya tegaskan, KPM telah lebih awal mengumumkan reformasi pendidikan kita, pertamanya dengan penubuhan jawatankuasa khas untuk meneliti isu-isu dan melaksanakan reformasi ini dengan segera.

“Sebagai contoh, jawatankuasa peluasan prasekolah telah kita laksanakan dan tahun 2023/ 2024 adalah tahun peluasan prasekolah di insititusi KPM secara besar-besaran termasuk dengan intervensi kurikulum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan syarahan pada program Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being (DLS) anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, KPM juga telah mengadakan siri libat urut dengan pihak berkepentingan berkaitan masa hadpaan pendidian di Malaysia.

Sesi libat urus tersebut turut membincangkan berkaitan penstrukturan semula sistem prasekolah dan kurikulum persekolahan 2027 bagi menangani keciciran pembelajaran.

“Dalam sesi libat urus ini, ada beberapa persoalan, kebimbangan dan juga keprihatinan masyarakat tentang apa yang sepatutnya diajar dan fokus dalam pendidikan kita.

“Kurikulum ini akan dilaksanakan sepenuhnya mengikut kitaran pada 2027, tapi prasekolah akan bermula lebih awal pada 2026.

“Pada ketika ini, pasukan kita melakukan intervensi, sesi libat urus dan juga menyiapkan para guru dengan kerangka kurikulum baru ini.

“Jadi kita harap ia berlansung dengan baik dan semua input-input ini sedang kita dapatkan semua libat urus diperingkat nasional,” jelasnya. – MalaysiaGazette