KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Getah Upaya, Hutan Simpan Gunung Besout, Trolak, Perak.
Berdasarkan video yang tular, kejadian tersebut mengakibatkan dua mangsa cedera.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menerusi kenyataan berkata, pesawat jenis Cessna No 9M-ADA bergerak dari Ipoh ke Tanjong Karang pukul 7.59 pagi latihan penerbangan dan berpatah balik ke Ipoh.
“Pukul 9.30 pagi pesawat terhempas di lokasi kejadian,” katanya.
Dua mangsa merupakan juruterbang Shahrul Imran Surea, 26, manakala seorang lagi pelajar penerbangan Ho Jia Lee, 20.
“Berdasarkan kecederaan pemerhatian awal juruterbang disyaki patah kaki kanan manakala seorang lagi bengkak muka sebelah kanan,” tambahnya.
Mangsa dirawat dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut.-MalaysiaGazette