Datuk Hail Amir.

KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Sabtu lalu kini dilaporkan tenat akibat jangkitan paru-paru

Pelakon, Farouk Hussain memaklumkan perkembangan terkini Hail atau Abdul Hail Amir, 77,  selepas dia menziarahinya di hospital.

Katanya, Hail sukar berkomunikasi selain tidak mengenali orang yang datang menziarahinya.

Pada 2018, Hail pernah dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung selepas mengadu sakit dada.

Sementara itu, anak perempuan Hail yang dikenali sebagai Cinta memaklumkan doktor juga sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan tersebut.

“Datuk Hail kini sedang menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru di HKL. Sedang diberikan antibiotik untuk merawat infeksi tersebut,” katanya ringkas kepada MStar. – MalaysiaGazette