KPDN Melaka tumpas sindiket seludup diesel subsidi rentas negeri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi rentas negeri selepas menyerbu sebuah stor simpanan diesel haram di kawasan perindustrian Krubong di sini malam tadi.