Nanta Linggi menandatangani plak perasmian upacara Mangkung Tiang atau masuk rumah baharu di Rumah Panjang Tatai Emas di Ulu Sungai Amang di Kapit, Sarawak. Foto AIZAT ZAINAL, 13 MEI 2024

KAPIT, Sarawak – Sekurang-kurangnya empat kerusi diperlukan untuk persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan tiga kawasan Parlimen dalam bahagian Kapit.

Tiga kawasan Parlimen itu membabitkan Kapit, Kanowit dan Hulu Rajang.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS,) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kawasan DUN baharu itu perlu susulan masih terdapat pengurangan daripada segi infrastruktur jalan raya untuk wakil rakyat menyantuni serta memberikan perkhidmatan kepada penduduk.

“Kami ahli-ahli wakil rakyat parti GPS sudah melakukan perbincangan beberapa kali untuk persempadanan semula DUN di bahagian Kapit.

Nanta Linggi.
Foto AIZAT ZAINAL, 13 MEI 2024

“Suka saya jelaskan bahawa empat kerusi yang dicadangkan itu bukan untuk Parlimen Kapit semata-mata malah, ia membabitkan dua kawasan Parlimen iaitu Kanowit dan Hulu Rajang.

“Bagaimanapun, itu hanya cadangan dan keputusannya tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Nanta Linggi merasmikan upacara Mangkung Tiang atau masuk rumah baharu di Rumah Panjang Tatai Emas di Ulu Sungai Amang, di sini.

Mengulas lanjut beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, perbincangan persempadanan itu tidak membabitkan pembahagian kerusi untuk parti kompenan.

Nanta Linggi menghadiri upacara Mangkung Tiang atau masuk rumah baharu di Rumah Panjang Tatai Emas di Ulu Sungai Amang di sini. Foto AIZAT ZAINAL, 13 MEI 202

“Kita tidak bincang kerusi (DUN baharu) itu akan diberikan kepada parti kompenan mana. Cuma kita tekankan pentingnya kawasan baharu berdasarkan keluasannya serta kepadatan penduduk.

“Selain itu, kekurangan infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar yang mana kita masih banyak menggunakan sungai sebagai akses pengangkutan turut menjadi faktor untuk persempadanan tersebut,” katanya.

Media semalam melaporkan Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan untuk menyemak semula kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, ia akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kawasan baharu yang akan diwujudkan.

Kali terakhir Sarawak melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya ialah pada 2016, membabitkan pertambahan 11 kerusi DUN.

Ia sekali gus menjadikan Sarawak mempunyai jumlah kawasan DUN paling banyak di negara ini dengan keseluruhan 82 kawasan, manakala Parlimen pula sebanyak 31. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast