PUTRAJAYA- Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sedang melaksanakan ujian penggunaan kod QR bagi melancarkan proses pergerakan kenderaan bagi mengelak kesesakan di pintu masuk negara.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, maklumat lanjut tentang perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.
“Ini antara komitmen Imigresen dan KDN untuk menangani kesesakan di pintu masuk utama negara, inisiatif ini berterusan dari peringkat KDN dan pelaksananya adalah Imigresen, bukan sahaja di Johor Bahru (Johor), malah di pintu masuk lain termasuk udara.
“Cara yang kita teroka adalah pelaksanaan Kod QR, memang kita tengah teroka, buat kajian dan sekarang ini kita tengah buat ujian manakala pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat oleh KDN kerana perkara ini masih belum dilaksanakan,” katanya pada sidang media di Kompeks Parcel D, Putrajaya hari ini.
Tambah beliau, kesesakan darat di tambak Johor adalah paling sesak di dunia.
“Di pintu masuk di Tambak Johor, kesesakan kenderaan akan bertambah sekiranya berlaku cuti panjang dan jalan darat tersibuk di dunia.
“Jadi, perkara ini menjadi keutaman ialah mencari kaedah terbaik tangani kesesakan serta proses mempercepatkan akses tanpa kompromi terhadap aspek keselamatan,” ujarnya lagi.
Pada 25 April lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, Malaysia bakal melaksanakan penggunaan sistem kod QR untuk pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu sempadan antarabangsa negeri ini.
Katanya, itu antara cadangan jangka masa pendek yang sedang diperhalusi pihaknya bagi mengurangkan kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
“Antara langkah lain termasuklah mempercepatkan proses pas penggajian daripada 15 hari kepada lima hari oleh JIM dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
“Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mempengerusikan mengenai Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) bertujuan untuk menambah baik pergerakan rentas sempadan, memperkukuh ekosistem perniagaan dan usaha menarik pelaburan baharu.
“Antara cadangan jangka masa pendek yang dibincangkan bersama adalah melaksanakan penggunaan pelepasan pasport secara kod QR dan mempercepat proses pas penggajian,” katanya dalam satu kenyataan.-MalaysiaGazette
Imigresen tidur di sempadan Thailand..tak masuk akal, warga asing boleh keluar masuk negara banyak kali tanpa disoal siasat oleh imigresen…kesannya kegiatan menyeludup minyak subsidi gunakan Proton Waja berleluasa. Minyak utk rakyat tu ko biarkan warga asing rembat??? KP imigresen pun tido