Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM 141.78 juta bagi pelaksanaan program-program di bawah inisiatif Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sejak diperkenalkan pada tahun 2020.

Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerajaan negeri sedar keperluan dan manfaat pelaksanaan inisiatif BPP kepada rakyat negeri Pahang selain komited untuk dalam menambahbaik inisatif itu.

”Sebanyak RM38.08 juta diperuntukkan pada tahun ini manakala RM31.3 juta dibelanjakan pada tahun 2020 hingga 2021, RM30 juta (2022) RM 42.4 juta (2023).

”Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan dua program terbaru di bawah inisiatif BPP ini iaitu Program Berkhatan Anak Pahang yang telah diperuntukkan sebanyak RM 1,000,000 kepada 3,000 penerima,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

Program yang terbuka kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun ke bawah telah bermula pada 13 Februari 2024 di Rompin dan telah selesai sepenuhnya pada 28 Februari 2024 di Cameron Highlands.

Selain itu katanya, sebanyak benilai RM3 juta merupakan inisiatif perkahwinan kali pertama diteruskan dalam BPP.

Menurutnya pemberian tersebut telah diperkenalkan pada tahun 2023 kepada pasangan yang beragama Islam namun kini telah diperluaskan kepada 2,000 pasangan bukan Islam berdasarkan purata statistik perkahwinan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, sebanyak tujuh dalam 20 inisiatif BBP telah dilaksanakan pada tahun ini.

Antaranya Program My Lesen Pahang bagi menyediakan subsidi lesen motosikal kepada golongan muda yang umur 18 hingga 21 tahun bernilai RM720,000.

Bantuan juga disalurkan kepada Majlis Kebajikan Pahang sebanyak RM600,000, Persatuan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) (RM100,000), Persatuan Keluarga Polis (RM20,000),

Kerajaan negeri turut memperkasakan  program sedia ada di bawah BPP bagi meningkatkan keberkesanan kepada penerima selain meningkat nilai sumbangan.

”Bantuan kepada kluster siswa juga telah ditingkatkan dari RM300 kepada RM400 untuk membabitkan RM 8.87 juta menjadi RM4.18 juta.

”Yang kedua bantuan kepada jemaah haji menerusi Barakah RM1 juta kepada RM1.5 juta di mana pemberian tahun lalu bernilai RM500 ditingkatkan kepada RM750,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast