KUALA LUMPUR – Polis seorang lagi individu semalam bagi membantu siasatan insiden membaling bom petrol yang menyebabkan kebakaran pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 9 Mei lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek kelima dalam kes ini ini merupakan lelaki berusia 28 tahun.
“Kita telah mengemukakan perintah reman ke atas suspek kelima ini dan dia dibenarkan reman selama empat hari bermula hari ini (13 Mei) hingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Rusdi, empat suspek lelaki yang ditahan reman mereka akan berakhir esok akan dilanjutkan tahanan mereka untuk melengkapkan siasatan polis.
“Polis masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti motif utama kejadian dalam kes ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette