KUALA LUMPUR – Terdapat sekurang-kurangnya 116 buah Rukun Tetangga (RT) di seluruh negara yang telah pun dikenal pasti untuk dijadikan sebagai Model RT Progresif.
RT Progresif ini dijangkakan memacu kecemerlangan dalam khidmat komuniti dan kerja kemasyarakatan melalui lapan bidang tumpuan yang merangkumi Ekonomi dan Sara Hidup; Keselamatan dan Ketahanan Komuniti Kepimpinan; Kesejahteraan Komuniti; Pembelajaran Sepanjang Hayat; Alam Sekitar; Warisan dan Budaya; serta Daya Cipta
Menteri Perpaduan Negara (KPN) berkata, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peruntukan sebanyak RM11,073,309.00 yang difokuskan kepada bidang Ekonomi dan Sara Hidup serta Keselamatan dan Ketahanan Komuniti.
Menurutnya, KPN menumpukan keutamaan kepada bidang ekonomi dan sara hidup khususnya dalam gerak kerja bagi memperkasakan agenda ekonomi komuniti RT.
Pelaksanaannya berupaya meningkatkan produktiviti RT melalui peningkatan pendapatan isi rumah dan membantu menangani kos sara hidup yang bertambah.
Melalui jumlah tersebut sebanyak RM992,590.00 diperuntukkan untuk meningkatkan keselamatan dan ketahanan komuniti, termasuk penggantian fasiliti keselamatan.
Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan peruntukan RM713,890.00 untuk 106 kawasan RT, serta pembekalan set set Walkie Talkie dengan peruntukan RM278,700.00 untuk 101 kawasan RT bagi kegunaan penyaluran maklumat keselamatan semasa rondaan SRS.
Dalam usaha mencapai kawasan komuniti yang lebih aman, RM1,945,620.00 diperuntukkan bagi pembekalan 58 kabin SRS baru dan pembaikan kabin sedia ada di 12
kawasan SRS.
Dengan kemudahan tersebut, ia dapat meningkatkan aktiviti rondaan SRS, serta keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan ahli RT, program pembangunan dan latihan direncanakan dengan peruntukan RM2,612,800.00 yang meliputi
kursus-kursus seperti teknologi pertanian, pembangunan produk makanan, dan latihan keusahawanan.
Sejumlah RM4,000,000.00 juga turut diperuntukkan untuk Program RT Progresif dalam lima bdang lain dan melalui peranan RT akan diperkasa sebagai penghubung penting dalam komuniti melalui peningkatan keupayaan dan kerjasama strategik.
Aaron berkata, sejak penubuhan pada tahun 1975, kini terdapat sebanyak 8,438 RT di seluruh Malaysia dengan penambahan sebanyak 93 RT pada tahun 2023 sahaja. – MalaysiaGazette