Syed Gaddafi (dua dari kiri) pada majlis pemeteraian MoU bersama tiga farmasi tempatan iaitu Farmasi Al-Arif, Superbig Farmasi dan Medicart Farmasi di Ampang, Selangor baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pengeluar terbesar produk minyak Sacha Inchi di negara ini, GNI Pharma Sdn Bhd menyasarkan untuk menembusi 2,000 cawangan farmasi pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Gaddafi Syed Saifuddin, usaha itu adalah bagi memperluaskan saluran pengedaran produk yang sebelum ini dijual secara dalam talian.

Katanya, ia sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan rangkaian produknya.

“Seiring dengan sasaran itu, GNI memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga farmasi tempatan iaitu Farmasi Al-Arif, Superbig Farmasi dan Medicart Farmasi di Ampang, Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Syed Gaddafi berkata, dalam usaha menuju ke hadapan, GNI Pharma bercadang untuk membina ekosistem perniagaan dengan
menubuhkan makmal bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) produknya.

Ujarnya, selepas berjaya melebarkan sayap ke Singapura, Brunei dan Indonesia, GNI Pharma menyasarkan untuk terus memperkukuh jualan di pasaran antarabangsa menerusi kerjasama dengan beberapa rakan strategik.

Terdahulu, GNI Pharma menganjurkan Majlis Penghargaan Pelanggan dan salah seorang daripada yang hadir telah berjaya membawa pulang sebuah Perodua Bezza melalui cabutan bertuah tahunan anjuran syarikat tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast