PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM8,600 dalam serbuan semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, serbuan dilakukan pasukan Cawangan Risikan atau Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada 12.45 tengah malam.

Beliau berkata, hasil serbuan itu polis merampas pil yaba seberat 110.87 gram (g), syabu (5.42g) dan heroin  (0.11g).

“Ujian air kencing mendapati anggota polis itu negatif terhadap dadah dan dia kini direman seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Khairi, pihaknya memandang serius terhadap penyalahgunaan dadah dan jenayah dalam kalangan anggota polis yang boleh menjejaskan imej pasukan berkenaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast