Dua pegawai kanan badan berkanun yang disiasat SPRM.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan dua pegawai kanan badan berkanun kerana disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi projek pembangunan yang bernilai RM 1.2 billion.

Perintah reman selama empat  hari bermula 15 Mei 2024 sehingga 18 Mei 2024 terhadap dua suspek yang berusia sekitar 50-an dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha  Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Kedua-dua suspek telah menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman daripada kerajaan dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari MOF kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti mana yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman Kerajaan.

“Penyelewengan peruntukan ini amatlah serius memandangkan peruntukan ini melibatkan dana daripada Kerajaan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan , Datuk Seri Hishamuddin, ketika dihubungi mengesahkan Penahanan reman terhadap dua suspek yang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette