Catherine Russell

WASHINGTON – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melahirkan kebimbangan kejadian pembunuhan seorang kakitangan PBB di Semenanjung Gaza.

Pengarah Eksekutifnya, Catherine Russell berkata, petugas-petugas kemanusian di Gaza berdepan dengan bahaya setiap hari.

“Semalam seorang rakan sekerja PBB terbunuh dan seorang lagi cedera berhampiran #Rafah,” tulis Russell di X.

Lebih 190 pekerja PBB telah terbunuh di Gaza, kata Russel.

“Petugas-petugas misi kemanusiaan mesti sentiasa dilindungi,” tambahnya.

Kenyataan Russell dibuat sehari selepas seorang kakitangan PBB dari Jabatan Keselamatan dan Keselamatan PBB terbunuh dan seorang lagi cedera apabila kenderaan mereka diserang ketika dalam perjalanan ke Hospital Eropah di Rafah di selatan Gaza.

Farhan Haq, timbalan jurucakap ketua PBB memberitahu, pihaknya telah menubuhkan panel siasatan bag menyiasat kejadian tersebut.

“Ia adalah sangat awal dalam penyiasatan dan butiran kejadian ini masih disahkan dengan Pasukan Pertahanan Israel.

“Apa yang kami ketahui setakat ini adalah serangan senjata terkena pada bahagian belakang kenderaan PBB berwarna putih yang membawa dua kakitangan PBB,” katanya.

Petugas yang meninggal dunia itu dari India manakala yang cedera berasal dari Jordan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast