Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Waris keluarga kepada mayat kru kapal warga Malaysia yang ditemui maut di perairan Bangladesh pada 10 Mei lalu layak menerima Faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, semakan Perkeso mendapati, kru kapal MTT Sapangar adalah pencarum aktif bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Berikutan itu ibu bapa kepada Allahyarham Muhammad Isa Muhammad Veeramohan layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggunggan (FOT) kerana Allahyarham belum berkahwin.

“Ibu bapanya, Muhammad Veeramohan Abdullah, 72 tahun dan Rabiah Buang, 61 tahun menerima FPM sebanyak RM2,000 secara sekali bayar serta akan menerima
FOT bulanan berjumlah RM1,417.32 untuk sepanjang hayat mereka.

”Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Perkeso turut menzahirkan penghargaan kepada Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Malaysia (NUSPM) yang banyak membantu dalam proses pengumpulan maklumat berkenaan kemalangan atau disiarkan di mana-mana platform media sosial sebelum jam 4 petang, 15 Mei 2024 terbabit dan berharap bantuan yang diberikan mampu membantu waris keluarga meneruskan kehidupan selepas ketiadaan Allahyarham,” jelas beliau lagi. – MalaysiaGazette