ISKANDAR PUTERI – Seramai 2,878 perjawatan guru sekolah agama daripada 3,151 waran perjawatan guru sehingga bulan lalu telah diisi, membabitkan 2,473 berstatus tetap dan 230 berstatus kontrak.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia bagi mengisi kekosongan tenaga pengajar di 582 buah sekolah dengan kapasiti murid seramai 198,375 murid seluruh Johor. 

“Kerajaan negeri sedar akan kekurangan guru di sekolah agama yang disebabkan oleh perpindahan guru ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru yang bersara dan guru yang meninggal akan merencatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya murid-murid.

“Pengambilan terbanyak bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi Gred DG29 telah berlaku pada hujung tahun 2023 dan awal tahun 2024 dimana sebanyak 631 kekosongan tawaran penjawatan bagi gred DG29 ditawarkan bagi kekosongan bertaraf tetap (300) dan kontrak (331).

“Ini bertujuan bagi mengatasi masalah kekurangan guru daripada sering berlaku. Bagi guru sekolah agama yang bertaraf tetap, penempatan mengajar telah dikeluarkan dan sudah melapor diri pada awal Januari 2024 manakala bagi guru sekolah agama bertaraf kontrak pula, penempatan mengajar telah ikeluarkan dan sudah melapor diri pada pertengahan bulan Februari 2024,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi ketika menjawab so, alan Abd Mutalip Abd Rahim (BN-Layang-layang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast