Kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS Mason. Foto: AFP/US Navy

AL-MUKALLA, Yemen – Pejuang Houthi mendakwa kumpulan itu menyerang kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), USS Mason, dengan dron di Laut Merah.

Jurucakapnya, Yahya Saree mendakwa beberapa peluru berpandu anti kapal mengenai mengenai kapal pemusnah itu.

Kumpulan tersebut turut melakukan serangan ke atas kapal komersial, Destiny, di Laut Merah selepas ia melanggar larangan yang dikenakan terhadap kapal yang menuju ke Israel pada 20 April lalu.

Saree berkata, kapal Destiny cuba memperdayakan mereka dengan mendakwa ia belayar ke Pelabuhan lain namun hakikatnya kapal tersebut menuju Umm al-Rashrash (Eilat).
.

Katanya, kumpulan tersebut telah mengawasi kapal itu dan memberi amaran terhadap haluannya ke pelabuhan Palestin yang diceroboh namun ia masih ingin melanggar larangan berkenaan.

Berikutan itu, kapal Destiny dimasukkkan dalam senarai kapal yang menjadi sasaran yang mana ia tidak dibenarkan belajar menerusi kawasan yang berada dalam kawasan operasi.

Jurucakap itu berkata, operasi dilakukan bagi membela penduduk Palestin dan sebagai tindak balas kepada keganasan yang dilakukan AS dan United Kingdom (UK) terhdap Yemen.

Beliau berkata, komitmen berterusan kumpulan Houthi turut dilakukan bagi memerangi aktiviti maritim Israel di wilayah tersebut sehingga pencerobohan dihentikan dan sehingga kepungan di jaluran Gaza ditamatkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast