KUALA LUMPUR – Polis meminta orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Ipoh yang dilaporkan hilang sejak 24 April lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Safiea Dania Muhamad Zakri menetap di  Lot 60630, Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Ipoh.

“Kepada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai apa-apa maklumat mengenai individu tersebut, bolehlah menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Anis Safira Roslan di talian 018-7865440 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast