Ir Razali Kassim diberi taklimat ketika melawat pameran di Majlis Persidangan Kebangsaan Jurupulih Pekerjaan Malaysia (MOTNC) 2024 Peringkat Kebangsaan di Indera Mahkota, Kuantan hari ini

KUANTAN – Kerajaan negeri mahu melahirkan 150 ahli terapi carapulih kerja ekoran kekurangan profesion itu dalam industri kesihatan di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Ir. Razali Kassim berharap cadangan tersebut dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menampung keperluan itu, selain mengambil kira keluasan negeri ini.

Setakat ini hanya terdapat 87 ahli terapi yang ditugaskan di 11 daerah di negeri Pahang sedangkan keperluan lebih besa.

“Jadi kita harap pihak kementerian dapat tambah bilangan kakitangan ataupun staff ahli terapi kepada angka lebih besar, paling kurang 150 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis Persidangan Kebangsaan Jurupulih Pekerjaan Malaysia (MOTNC) 2024 Peringkat Kebangsaan di Indera Mahkota di sini pada hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan mengambil langkah untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan bagi menarik minat dan mendedahkan orang ramai kepada industri ini.

Difahamkan hanya dua buah universiti menawarkan bidang carapulih kerja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast