Seramai 25 PATI diberkas Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah kilang di Tasek Gelugor semalam.

TASEK GELUGOR – Tindakan sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bersembunyi di sebalik timbunan kotak di sebuah kilang memproses getah dan kertas kitar semula di Guar Petai di sini, gagal selepas mereka diberkas penguatkuasa imigresen semalam.

Serbuan yang  dilakukan Jabatan Imigresen Pulau Pinang pada jam 12.30 tengah hari itu membawa kepada tangkapan 25 PATI yang terdiri daripada dua wanita dan 23 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun.

Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, 25 PATI yang ditahan itu terdiri daripada dua lelaki warga China, lelaki Bangladesh (5) dan dua wanita serta 16 lelaki Myanmar.

Kesemua PATI itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat- syarat pas.

“Semua tangkapan terbabit dibawa dan ditahan di Depot Imigresen Juru bagi siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Tambah kenyataan itu, siasatan lanjut ke atas majikan juga akan dilakukan untuk tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Kesemua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.

“Jabatan Imigresen Pulau Pinang akan mengadakan pemeriksaan berterusan di mana-mana premis dalam usaha mengesan dan membanteras PATI.

“Keperihatinan masyarakat juga adalah penting dalam menyalurkan maklumat berkaitan PATI bagi membolehkan tindakan sewajarnya  dapat dilaksanakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast