JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak maut selepas diserang seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Pada kejadian kira-kira 2 pagi itu suspek seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.
Suspek juga mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata iaitu sepucuk pistol Walther P99
dan selaras HK MP5 serta melepaskan dua das tembakan.
Ia kemudian mengenai bahu dan perut salah seorang mangsa iaitu Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.
Manakala Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar cedera ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.
Anggota polis yang maut dan seorang anggota yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.
Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.
Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula dilaporkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Berita lanjut menyusul.- MalaysiaGazette