Razaruddin dan M.Kumar meninjau lokasi kejadian seorang suspek menyerang Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Suspek utama dalam kes itu mati ditembak di lokasi kejadian.

BACA: Suspek serang balai polis dipercayai ahli JI – KPN

Awal pagi tadi,  dua anggota polis maut di Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan merampas dua senjata api daripada anggota polis.

Kumar berkata, dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital yang sama.

Kejadian pukul 2.54 pagi apabila seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap yang bersenjatakan parang menyerang balai polis berkenaan.

Suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Dia melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast