Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin selepas sidang media bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk mengumumkan perangkaan prestasi ekonomi suku pertama 2024 di Sasana Kijang di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi antara empat ke lima peratus pada tahun ini yang disokong oleh pengembangan permintaan dalam negeri secara berterusan dan peningkatan dalam permintaan luar.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Resheed Gahoffour berkata, kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 4.2 peratus pada suku tahun pertama (S1) 2024 menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara berada pada 4.8 peratus dan 5.0 peratus masing-masing pada Januari dan Februari lalu.

“Dalam tempoh tersebut, perbelanjaan swasta bertumbuh 4.7 peratus disokong oleh perbelanjaan budi bicara dan untuk keperluan manakala eksport bersih menyaksikan penguncupan lebih perlahan pada -24.5 peratus di tengah-tengah pemulihan dalam eksport barangan dan perkhidmatan.

“Pertumbuhan tahun ini bakal disokong oleh pengembangan berterusan permintaan dalam negeri dan peningkatan dalam permintaan luaran.

“Pada masa sama, tinjauan pertumbuhan tertakluk kepada risiko daripada perkembangan luaran dan faktor domestik,” katanya pada sidang media Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama Tahun 2024, di sini, hari ini.

abenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin selepas sidang media bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk mengumumkan perangkaan prestasi ekonomi suku pertama 2024 di Sasana Kijang di sini hari ini.

Mengulas mengenai prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), Abdul Rasheed berkata, nilai mata wang negara itu telah meningkat sebanyak 1.6 peratus untuk tempoh antara 26 Februari hingga 15 Mei lalu.

Tambahnya, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit yang mengukur prestasi mata wang itu juga meningkat sebanyak 2.5 peratus berbanding mata wang rakan dagangan utama lain.

“Jika dibandingkan dengan mata wang serantau, ringgit juga menunjukkan prestasi yang agak baik, berada dalam julat atas berbanding dolar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast