TEMERLOH – Sebanyak 531 lokasi tanah cerun runtuh masih belum dibaiki di seluruh negara.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya memerlukan anggaran kos sebanyak RM387.38 juta untuk membaiki cerun berkenaan.
Tiga lokasi pembaikan cerun di Jalan Persekutuan FT68 Kuala Lumpur- Bentong telah dikenal pasti di negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM6.001 juta di sekitar Pahang.
Seksyen 47.40 membabitkan RM931,000, Seksyen 42.90 (RM3.12juta), Seksyen 57.50 (RM1.96juta)
”Ada 53 lokasi belum dikenal pasti. Peruntukan tidak mencukupi kerana masih ada lagi beberapa lokasi dan memerlukan RM51.51 juta untuk keseluruhan Jalan Gombak-Bentong lama,” katanya.
Terdahulu, Alexander Nanta merasmikan projek naik taraf jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Projek itu bermukla 2020 membabitkan peruntukan RM102 juta dan dijangka boleh digunakan Ogos ini.
Mengulas lanjut, Alaxander berkata, kemajuan kerja bagi Seksyen 47.40 yang bermula Februari 2024 telah siap sebanyak 18 peratus di mana akan siap sepenuhnya pada Oktober ini.
Manakala Seksyen 42.90 pula sia45 peratus di mana mendahului jadal dan akan siap pada Februari 2024.
Pembaikan cerun di Seksyen 57.50 pula dijangka siap Januari tahun hadapan dengan kemajuan projek sebanyak lapan peratus sehingga kini. – MalaysiaGazette