Pahlawan Diraja Selangor, Tengku Datuk Setia Putra Al-Haj Tengku Azman Shah Al-Haj hadir pada majlis perasmian Karnival Sukan AKE bersama tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) hari ini mencipta rekod baharu dalam Malaysia Books of Records (MBR) selepas berjaya menganjurkan perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia. Foto AIZAT ZAINAL, 18 MEI 2024

KUALA LUMPUR – Tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) hari ini mencipta rekod baharu dalam Malaysia Books of Records (MBR) selepas berjaya menganjurkan perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah AKE, Datuk Dr. Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata, Karnival Sukan AKE yang diadakan di 99 Wonderland Park berjaya menghimpunkan 450 kanak-kanak berkeperluan khas dari seluruh Lembah Klang.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran acara ini termasuk pengusaha, ibu bapa, guru dan anak-anak.

“Saban tahun keluarga besar AKE sentiasa tampil gah dalam penganjuran karnival sukan sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.

“Acara seperti ini berjaya merapatkan silaturahim serta memberi impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pahlawan Diraja Selangor, Tengku Datuk Setia Putra Al-Haj Tengku Azman Shah Al-Haj hadir pada majlis perasmian Karnival Sukan AKE bersama tadika kanak-kanak terkemuka, Al Kauthar Eduqids (AKE) hari ini mencipta rekod baharu dalam Malaysia Books of Records (MBR) selepas berjaya menganjurkan perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia. Foto AIZAT ZAINAL, 18 MEI 2024

Terdahulu Karnival Sukan AKE dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor, Tengku Datuk Setia Putra Al-Haj Tengku Azman Shah Al-Haj.

Untuk rekod, Karnival Sukan AKE berjaya menghimpunkan seramai 4,700 kanak-kanak dari seluruh Lembah Klang termasuk kehadiran hampir 9,400 ibu bapa dan tenaga pengajar.

Karnival Sukan AKE juga adalah hasil kerjasama kelab bola sepak terkenal, Selangor FC sebagai rakan strategik.

Perhimpunan yang disertai kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun itu memperlihatkan peningkatan bilangan peserta sejajar dengan pertambahan cawangan AKE saban tahun.

Sementara itu, pengurus projeknya, Datin Dr. Nor Fadilah Alias berkata, AKE berjaya menawarkan program khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, kelewatan pertuturan, minor syndrome down, GDD dan ADH.

“Dengan latihan berterusan dan sentiasa memenuhi permintaan pasaran semasa, AKE mampu berkembang dan mengekalkan perkhidmatan terbaik dengan penawaran produk-produk berkualiti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette