Gambar hiasan

NEW DELHI – Amaran merah telah dikeluarkan di 36 kampung di negeri tengah India Madhya Pradesh selepas seekor harimau membunuh seorang lelaki,

Amaran itu digunakan untuk kampung daerah Raisen, bersebelahan dengan Bhopal, ibu kota Madhya Pradesh.

“Amaran dibunyikan di 36 kampung lebih 150 kilometer persegi. Orang ramai diminta untuk tidak meneroka hutan sehingga haiwan itu ditangkap,” kata pegawai kanan jabatan hutan, Vijay Kumar dipetik oleh media tempatan sebagai berkata.

Menurutnya, mayat lelaki berusia 62 tahun yang separuh telah dibaham harimau, ditemui pada hari Rabu di kawasan timur hutan Raisen.

Dia diserang ketika memetik daun tendu di dalam hutan.

Serangan itu telah mencetuskan panik di kampung-kampung kerana harimau yang sering berkeliaran sering menukar lokasinya.

Pegawai hutan itu berkata, lebih 100 kamera di dalam dan sekitar 36 kampung ini untuk mengesan harimau berkenaan.

Harimau itu disyaki keluar dari Santuari Hidupan Liar Ratapani di bahagian hutan Obaidullahganj Raisen.

Madhya Pradesh adalah penempatan kepada 785 ekor harimau mengikut kiraan terkini yang dikeluarkan pada 2023.

Pakar hidupan liar berkata pembandaran besar-besaran, penebangan hutan, pencerobohan kawasan hutan, lenyapnya zon penampan dalam hutan adalah beberapa sebab yang mendorong haiwan liar masuk ke kawasan perumahan.

Setiap tahun ramai orang terbunuh atau cedera dalam konflik manusia-haiwan yang semakin meningkat di seluruh India. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast