Norzana Hanim Hamzah

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Dalam satu kenyataan, anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

Malaysia Airlines berkata, Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya hari ini.

Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia, seperti laporan BuletinTV3.

Punca kematian masih belum dapat dipastikan tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti krew MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast