Ebrahim Raisi

TEHRAN – Presiden kelapan Iran, Ebrahim Raisi disahkan meninggal dunia dalam kejadian nahas helikopter di rantau Varzaqan di timur Azerbaijan.

Pengumuman itu dibuat jurucakap di Makam Suci Imam Reza yang terletak di timur laut bandar Mashhad.

Selain Ebrahim, helikopter malang itu turut membawa Menteri Luar Iran dan beberapa pegawai kerajaan.

Kerajaan Iran telah mengadakan mesyuarat tergempar susulan penemuan serpihan helikopter yang membawa Ebrahim ditemui di kawasan terpencil di barat laut Iran.

Naib Presiden Mohammad Mokhber mengetuai mesyuarat tergempar Kabinet Iran pagi Isnin.

Helikopter yang membawa Ebrahim dan delegasi pengiringnya terhempas pada Ahad di hutan Dizmar di wilayah Azarbaijan Timur.

Pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menyelusuri kawasan pergunungan dalam kabus tebal semalaman dan menemui serpihan pada awal Isnin.

Helikopter itu ditemui hangus bersama penumpang-penumpang di dalamnya. – Agensi