Anggota pasukan penyelamat bekerja di tapak nahas helikopter terhempas yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi di Varzaghan, barat laut Iran, pada 20 Mei 2024. Foto AFP
Ebrahim Raisi bersama rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev semasa pembukaan Empangan Qiz Qalasi sebelum tragedi helikopter terhempas pada 19 Mei 2024. Foto IRNA
Helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi berlepas di sempadan Iran dengan Azerbaijan selepas perasmian empangan Qiz Qalasi, di Aras pada 19 Mei 2024. Foto AFP
Tangkap layar video menunjukkan Presiden Iran Ebrahim Raisi menaiki helikopter di wilayah Jolfa di wilayah barat Azerbaijan Timur pada 19 Mei 2024. Foto AFP
Orang ramai membawa bunga ke kedutaan Iran untuk memberi penghormatan kepada Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Hossein Amir-Abdollahian, di Moscow pada 20 Mei 2024. Foto AFP
Anggota pasukan penyelamat menemui mayat mangsa dari lokasi nahas helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi di Varzaghan, di barat laut Iran, pada 20 Mei 2024. Foto AFP
Seorang wanita menangis ketika rakyat Iran berkumpul di Dataran Valiasr di tengah Tehran meratapi kematian Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Hossein Amir-Abdollahian dalam nahas helikopter pada hari sebelumnya, pada 20 Mei 2024. Foto AFP
Rakyat Iran berkumpul di Dataran Valiasr di tengah Tehran untuk meratapi kematian Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Hossein Amir-Abdollahian dalam nahas helikopter pada hari sebelumnya, pada 20 Mei 2024. Foto AFP