Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menggubal Akta Keupayaan Mental sebagai persediaan awal aspek pengurusan seseorang itu sebelum menjadi tidak berupaya daripada segi mental.

Akta Keupayaan Mental yang dicadangkan dalam forum Keupayaan Mental bertujuan membantu dan membolehkan seseorang melaksanakan persediaan daripada aspek pengurusan harta, keputusan perundangan, hal ehwal perubatan dan lain-lain keputusan pengurusan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkasakan reformasi institusi dan sistem perundangan negara.

Keputusan tersebut dibuat dengan menggunakan Surat Kuasa Berkekalan (Lasting Power of Attorney) sekiranya seseorang itu menjadi tidak upaya dari segi mental (mentally incapacitated) pada bila-bila masa sepanjang hayatnya, kata kenyataan dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM).

Forum yang telah dianjurkan adalah kerjasama strategik BHEUU, JPM bersama Medico-Legal Society of Malaysia yang memfokuskan keadaan masyarakat yang akan menghadapi fasa
populasi penuaan (ageing population).

Forum yang sama dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran.

Selain itu, wakil dari agensi yang berkaitan seperti Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dan Kementerian Ekonomi dan wakil-wakil dari organisasi masyarakat sivil dan organisasi bukan kerajaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast