Menteri Komunikasi, yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil enggan mengulas panjang mengenai kenyataan yang dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikatakan sedang mengumpul bukti sebelum membuat petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (PRK KKB).