TEHRAN – Moscow menyatakan kesediaan untuk membantu menyiasat punca kemalangan helikopter yang mengorbankan Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Kesediaan itu dinyatakan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Sergei Shoigu dalam satu mesej.
Shoigu dalam perutusannya kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Akbar Ahmadian turut menzahirkan takziah atas kematian Ebrahim.
“Kami bersedia untuk memberikan semua bantuan yang diperlukan untuk menentukan punca nahas ini,”, kata Shoigu.
Rombongan Ebrahim yang berada di dalam helikopter malang itu termasuk Hossein Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri; Mohammad Ali Al-e Hashem, imam solat Jumaat Tabriz; Malek Rahmati Gabenor Jeneral Azerbaijan Timur, Mehdi Mousavi; ketua pasukan perlindungan presiden; dan juruterbang dan kru penerbangan.
Nahas berlaku Ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas Ebrahim merasmikan Empangan Khoda’afarin dan dalam perjalanan ke Loji Penapisan Minyak Tabriz di Daerah Varzghan di wilayah Azerbaijan Timur. – Agensi