KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan empat saksi setakat ini bagi membantu siasatan ugutan bunuh dengan peluru hidup melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok minggu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, keterangan Teresa juga telah selesai.
“Namun, kes ini masih dalam siasatan polis,” katanya apabila ditanya mengenai kes tersebut.
Rusdi berkata, polis menjumpai cap jari pada surat dan peluru tersebut.
Bagaimanapun, cap jari yang dijumpai tidak boleh dibuat perbandingan kerana tidak cukup sifat.
Hasil penelitian terhadap rakaman kamera litar tertutup juga hanya mengesan penghantar surat ugutan tersebut,” katanya. -MalaysiaGazette