Foto: JBPM
KUALA LUMPUR – Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menangkap seekor buaya dipercayai tersesat masuk ke dalam longkang kawasan Teluk Likas di Jalan Tun Fuad, Kota Kinabalu awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Sulastri Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 12.21 pagi mengerahkan lapan anggota bersama 1 jentera FRT dan 1 kenderaan unit EMRS.
“Setelah sampai ke tempat kejadian, didapati seekor buaya yang yang berukuran 7 kaki telah masuk di dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Operasi tersebut turut dibantu bersama pasukan Agensi Perhilitan Malaysia (APM) seramai lima orang.
Menurut Sulastri, pasukan bomba menangkap buaya tersebut dengan menggunakan penjerut dan kemudian mdi serahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Tambah beliau, operasi dapat dikawal dan ditamatkan pada jam 1 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast