Foto: MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada 4.47 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pusat gempa itu, terletak 19.5 darjah selatan dan 174.5 darjah barat dengan kedalaman 138 kilometer (km) iaitu 752km timur dari Laucala, Fiji.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast