LONDON – Southampton kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas menewaskan Leeds 1-0 dalam aksi final play-off Liga Kejuaraan selepas hanya semusim berada dalam liga itu.
Kejayaan skuad kendalian Russel Martin kembali ke liga tertinggi Inggeris membolehkan kelab itu menerima pendapatan tambahan sebanyak 180 juta pound (RM1.08 bilion).
Penyerang Adam Armstrong muncul wira memastikan kemenangan buat The Saints di Stadium Wembley yang mana ia merupakan gol ke-24 miliknya musim ini.
Leeds pula buat kali keenam gagal dalam percubaan mereka menyertai kelompok elit bola sepak Inggeris dan akan beraksi di Liga Kejuaraan untuk dua musim berturut-turut.
Sementara itu, Southampton yang dimiliki jutawan Serbia, Dragan Solak, menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga tercorot, 11 mata di bawah garis selamat pada musim lalu
Leeds juga tercicir ke Liga Kejuaraan selepas mengakhiri kempen liga tertinggi Inggeris di tempat ke-19.
Kedua-dua kelab berkenaan terpaksa mengharungi play-off musim ini selepas gagal meraih slot automatik.
Leeds di tangga ketiga liga dan Saints, keempat.
Saints menewaskan West Bromwich Albion di separuh akhir play-off manakala Leeds mengatasi Norwich City. – Agensi