Ops Terjah dijalankan bersepadu antara agensi KPDN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang membuat pemeriksaan di salah sebuah kedai runcit yang menjadi sasaran warga asing hari ini

KUANTAN – Seorang pemilik peniagaan dipercayai melakukan kesalahan membekalkan minyak masak dan barang kawalan bersubsidi secara pukal kepada restoran yag dimilikinya sendiri dalam Ops Terjah di Jalan Pasar Besar, Kuantan, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pihaknya menjalankan operasi bersepadu berdasarkan kekerapan aduan berkenaan diterima sejak kebelakangan ini.

Operasi terjah bersepadu oleh 22 pegawai agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dilaksanakan selepas beberapa kajian diteliti dilakukan terhadap isu ketirisan barang bekalan bersusidi kepada warga asing.

”Dalam kes ini pemilik kedai runciti membekal minyak masak paket ke kedai sebelah yang merupakan restoran yang dimiliki oleh pemilik yang sama merupakan kesalahan ketirisan barang bersubsidi.

”Daripada stor kedai runcit itu dihantar ke restoraan sebelah, jadi ini merupakan kesalahan. Ini kerana minyal masak bukan untuk kegunaan kedai makan. Ia adalah kegunaan isi rumah, jadi kegunaan di restoran itu merupakan kesalahan.

”Kita kena tahu kuota lesen itu dihantar ke mana, peruncit ada sistem mesti ada buku stok kena tahu jual kepada siapa, tak boleh jual borong,” jelasnnya.

Kesalahan berkenaan telah melanggar Peraturan 13 (2) di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000,000 untuk individu atau maksimum RM2,000,000 bagi syarikat.

Katanya, kesalahan kedua yang dilakukan pemilik kedai runcit itu apabila membenarkan pekerja asing berkhidmat sebagai juruwang di di kaunter dan menjadikan mereka  pekerja jualan.

”Antara kesalahan pekerja asing tak boleh jadi sales person, kalau dapati bersalah kena kompaun. Mereka hanya boleh bekerja sebagai pekerja bantuan, stor, atau angkat barang.

”Para peniaga ingin saya mengingatkan jangan menyalahgnakan barang berkawalan subsidi dan disalah gunakan kepada oleh pekedai runcit kepada pemborong,” katanya. – MalaysiaGazette