Pengarah urusan syarikat hartanah yang disyaki memberi suapan kepada penjawat awam bagi mengubah status tanah ditahan SPRM.

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah bagi mengubah status Tanah Rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 31 Mei 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana selepas SPRM membuat permohonan reman tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi.

Sumber memberitahu, suspek lelaki yang berusia sekitar 40-an telah ditahan sekitar pukul 7 malam tadi ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Perak.

Pengarah urusan syarikat hartanah yang disyaki memberi suapan kepada penjawat awam bagi mengubah status tanah ditahan SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah membayar wang rasuah kepada seorang penjawat awam yang bekerja di pejabat tanah di sebuah negeri di utara tanah air.

“Wang tersebut bertujuan mengubah status Tanah Rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu yang berkeluasan kira-kira 650 hektar yang menyebabkan tanah rizab Melayu tersebut dipecah sempadan dan dipindah milik kepada syarikat dan individu bukan Melayu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi telah mengesahkan mengenai penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah akta 16 (b) (B) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tokey busat..kepala penyangak,perasuah…yg terima rasuah pulak Macam setan..mcm x ade ugama…elok cina rasuah melayu..

Comments are closed.