Antara 124 warga asing diperiksa dalam Ops Kutip Jabatan Imigresen Malaysia gempur penempatan haram pekerja asing di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MEI 2024

KUALA KUMPUR – Lubuk penempatan haram warga asing di sekitar kawasan Kuari di Sentul, di sini, dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa tengah malam tadi.

Menyedari hal itu, ada di antara mereka yang tekad bersembunyi di bawah timbunan besi buruk dalam sebuah bangsal manakala ada yang sanggup bersembunyi di dalam belukar.

Ia adalah antara tindakan terdesak yang berlaku ketika Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaksanakan Ops Kutip pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha bersama 124 warga asing diperiksa dalam Ops Kutip Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur(DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Ketika Tinjauan Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MEI 2024

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, kesemua tahanan merupakan warga negara Myanmar, Indonesia dan India yang datang ke Malaysia dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk bekerja.

Warga asing yang mengalami kecederaan di bahagian lutut dipercayai dalam percubaan melarikan diri dari pihak berkuasa ketika serbuan di Sentul, tengah malam tadi.

Semasa serbuan, ada juga warga asing yang kelihatan tercedera di bahagian lutut dipercayai berlaku dalam cubaan melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa.

Malahan, penempatan haram itu turut mempunyai kedai runcit yang dturut dijadikan tempat mereka berkumpul untuk menonton televisyen dan berehat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh (tengah) dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha (kiri) bercakap pada Sidang Media berkenaan 124 warga asing diperiksa dalam Ops Kutip Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur(DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Ketika Tinjauan Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MEI 2024

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya kini sedang memburu seorang warga tempatan yang dipercayai menyewakan rumah di situ pada harga RM400 sebulan kepada warga asing.

“Tanah ini adalah hak milik kerajaan, penubuhan kediaman di sini sudah semestinya salah di sisi undang-undang apatah lagi apabila ada orang yang menyewakan tanah kerajaan kepada warga negara asing.

“Kami memandang serius tentang isu lambakan warga asing di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur ini dan pihak Imigresen akan terus komited untuk menangani masalah yang menimbulkan kerisauan rakyat tempatan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast