KUANTAN – Dua lelaki termasuk seorang lelaki Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemilik kad UNCHR pada 15 Mei 2024 lalu.
Tertuduh, Ahmad Izhaq Jurid, 42, warga tempatan hanya menangguk faham ketika pertuduhan dibacakan.
Manakala Mohammad Toyub Muhammad Yusuf, 32, meminta untuk menggunakan khidmat jurubahasa kerana tidak memahami bahasa Melayu.
Mereka berdua didakwa melakukan kealahan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Kesekssan.
Bagi kesalahan itu, hukuman mati atau pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah dihukum dengan dengan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan.
Pertuduhan dilakukan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan kes disebut semula pada 13 Jun hadapan. – MalaysiGazette