Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur telah mengesahkan laporan seorang pemandu Grab  telah diserang oleh seorang individu kepada rombongan kenamaan pada jam 1.00 petang, semalam.

Menurut Ketua Polis KL, Komisioner Polis Datuk Rusdi Mohd Isa, kejadian itu berlaku disebabkan timbulnya salah faham arahan pergerakan sewaktu mengalihkan kenderaan.

“Walau bagaimanapun, pada jam lebih kurang 9.59 malam hari yang sama, pengadu telah membuat laporan kedua.

“Dalam laporan itu, pengadu mengatakan kes telah diselesaikan secara baik dan tidak mahu memanjangkan lagi kes ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Rusdi menasihati orang ramai untuk tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.