Jasmine Hasya Junaidi, pelajar terbaik KYSM

KUALA LUMPUR – Seramai 81 daripada 168 pelajar Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) memperoleh pencapaian yang luar biasa dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, sekali gus meletakkan ia antara 10 sekolah terbaik di Malaysia berdasarkan Gred
Purata Sekolah (GPS).

Dengan GPS 1.257, KYSM telah menduduki tempat kelima berdasarkan keputusan SPM 2023, peningkatan daripada tempat ketujuh tahun lepas.

Gred Purata Kebangsaan (GPN) bagi tahun ini ialah 4.60. GPS unggul KYSM iaitu 1.257 menyerlahkan komitmen sekolah terhadap kecemerlangan akademik.

Pengetuanya, Tan Cheh Li berkata, pencapaian luar biasa ini adalah visi pengasas yang berpandangan ke hadapan menjadi realiti bahawa KYSM menyampaikan pendidikan menengah yang cemerlang untuk pelajar muda, memperkasakan mereka sebagai individu yang berkebolehan dalam kepimpinan dan tadbir urus untuk negara.

Pelajar terbaik KYSA, Jasmine Hasya Junaidi berkata, KYS telah menyediakan platform terbaik untuk membawa versi terbaiknya sepanjang tahun.

“Bukan sahaja kemudahan terbaik yang memastikan keselesaan saya tetapi juga persaingan yang sihat. Selagi anda menemui orang
yang berada di atas bot yang sama dengan anda, perjalanan menjadi lancer,” katanya. – MalaysiaGazette