Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Empat  warga asing yang tamat reman semalam kerana menceroboh Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia d Bandar Armada Putra, Pulau Indah dekat Pelabuhan Klang pada kejadian 26 Mei lalu telah ditahan semula di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, buat masa ini polis sedang menunggu laporan penuh semakan ketulenan pasport kesemua suspek itu.

“Kita tangkap kesemua suspek itu di bawah Akta Imigresen sementara menunggu laporan semakan ketulenan pasport perjalanan mereka daripada JIM.

“Setelah memperoleh laporan penuh (ketulenan pasport) itu dari jabatan imigresen  nanti, barulah kita akan merujuk kertas siasatan (ceroboh pangkalan TLDM) ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya dalam kes ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam Hoong Fong dalam kenyataan mengesahkan tangkapan empat suspek warga asing itu.

Mereka direman tiga hari sehingga 29 Mei 2024 di Mahkamah Majistret Klang untuk membantu polis melengkapkan siasatan.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu ditangkap anggota peronda polis dan merampas telefon bimbit mereka untuk membantu siasatan lanjut.

Semasa kejadian jam 6 petang itu, anggota TLDM yang bertugas di pintu masuk Pusat Hidrografi Nasional mendapati empat tersebut sedang berlegar di jalan hadapan pintu masuk.

Tidak lama kemudian, kesemua lelaki asing itu berjalan kaki dan sampai ke hujung pintu masuk dan berpura-pura mengambil gambar sebelum ditangkap anggota TLDM yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis untuk tangkapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast