TEMERLOH – Pasukan bomba kini giat menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Charuk Puting di sini hari ini.
Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai jatuh di sungai berkenaan pukul 11.35 pagi.
”Unit PPDA (Pasukan Penyelamat di Air) Bukit Angin ke lokasi kejadian sebuah lori jenis Isuzu bersama dua anggota manakala sebuah Pajero dengan bot penyelamat digerakkan bersama ketua balai dan tiga anggota ke lokasi.
“Lima anggota BBP (Balai Bomba dan Penyelamat) Bukit Angin dengan jentera Fire Rescue Tender (FRT) bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Sehingga kini operasi masih giat dijalankan. – MalaysiaGazette