Bangunan Kementerian Pengangkutan Malayisa (MOT) di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Semua kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia dikecualikan daripada Dasar Kabotaj di bawah subseksyen 65KA(1) Ordinan.

Warta-warta ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2024.

Kementerian Pengangkutan berkata, pengecualian ini diberikan di bawah Seksyen 65U Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, sejak 2020, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa telah menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.

Selain itu, Loke turut membatalkan pengecualian kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mana-mana pelabuhan di Sarawak ke mana-mana Pelabuhan di Semenanjung Malaysia, Labuan, dan Sabah, dan sebaliknya atas permintaan Kerajaan Sarawak. – MalaysiaGazette