Sebuah papan tanda iklan (billboard) di tepi Lebuhraya Persekutuan, susur keluar ke Jalan Gasing sudah dipadamkan dan kerja-kerja pembersihan sedang di jalankan. Foto AIZAT ZAINAL, 31 MEI 2024

KUALA LUMPUR – Papan iklan di tepi Lebuhraya Persekutuan, susur keluar ke Jalan Gasing terbakar kira-kira pukul 1.25 tengah hari tadi.

Kejadian berkenaan direkod oleh pengguna lebuh raya berkenaan yang kemudian memuat naiknya di laman media sosial.

Berdasarkan video yang sedang tular itu, kelihatan sebahagian papan tanda itu terbakar.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan jika terdapat mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast