Michael Douglas ketika bertemu Isaac Herzog. (Kobi Gideon / GPO).

TEL AVIV – Pelakon veteran Hollywood, Michael Douglas mendakwa mahasiswa Amerika Syarikat (AS) yang membuat tunjuk perasaan menentang keganasan Israel terhadap penduduk Palestin sebagai telah ‘dicuci otak’ atau dipengaruhi.

Beliau menyatakan pendirian itu ketika bertemui Presiden Isaac Herzog di Baitulmaqdis selepas melawat tapak Kibbutz Be’eri dan Supernova yang menjadi kawasan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

The Times of Israel melaporkan, dalam pertemuannya dengan Herzog, Douglas melahirkan perasaan ‘terkejut besar’ dengan gelombang protes pro-Palestin di kampus seluruh AS.

“Pencucian otak… kerana apabila anda cuba untuk bercakap dengan ramai daripada mereka, tidak ada pendidikan, tidak ada pengetahuan,” katanya kepada Herzog.

Herzog kemudian menghadiahkan pelakon berketurunan Yahudi itu dengan pin tebusan kuning dan kalung tag.

“Kami telah bertemu dengan keluarga tebusan… kami menghabiskan hari ini di selatan di kawasan berhampiran Be’eri, dan di pameran Nova,” Douglas memberitahu Herzog, menurut Pejabat Presiden.

“Ia adalah masa yang sangat sukar. Anda merasakan kejutan yang mendalam dari keseluruhan pengalaman ini. Kami gembira berada di sini untuk menyokong Israel dan berkongsi dengan anda fakta bahawa AS pastinya sekutu anda seperti yang telah dikongsi oleh presiden kami dengan anda.

“Saya hanya berharap bahawa rundingan terkini akan dicapai dan tebusan akan kembali tidak lama lagi,” kata Douglas.

Berpuluh ribu mahasiswa daripada beberapa universiti terkemuka AS termasuk Harvard dan Colombia University telah melakukan siri demonstrasi menentang tindakan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Seramai 36,000 penduduk Palestin telah dibunuh dalam serangan berterusan Israel selama lapan bulan.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast