Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

KUALA PERLIS – Para pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada penuntut universiti.

Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamamd Rozaimi Razlee berkata, pemberian baucar buku ini dapat menerapkan budaya cintakan ilmu sekali gus membantu pelajar menggunakan baucar untuk pembelian buku nanti.

“Saya juga menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang telah mengeluarkan kenyataan media mengenai mekanisme pelaksanaan bagi fasa pertama yang menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024” ujar beliau.

Andi Surian Suria, 20 dari Sabah.

Bagi pelajar semester tiga , Program Asasi Pengajian Islam, Andi Surian Suria, 20 dari Sabah berkata, pengumuman ini bukan sahaja menggembirakannya dan rakan-rakan di kampus ini malah mereka dapat menggunakan baucar ini untuk membeli buku sebagai nota tambahan nanti.

Nur Aufadini Nor Azhan, 19.

Manakala rakannya, Nur Aufadini Nor Azhan,19 merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa memberi berita gembira kepada golongan pelajar.

“Pemberian baucar ini dilihat dapat meringankan beban kami seterusnya menggalakkan pelajar lebih berminat untuk membaca walaupun Perpustakaan KUIPs menyediakan bahan bacaan untuk kami,” katanya lagi.

Muhammad Qusyairie Md Rosland

Bagi pelajar semester dua Asasi Pengajian Islam Muhammad, Qusyairie Md Rosland, yang berasal dari Terengganu pula berkata, berita ini pastinya memberi kegembiraan bukan sahaja kepada pelajar KUIPs malah seluruh pelajar di negara ini.

“Saya yakin inisiatif ini pastinya akan memberi  manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT dari negara ini yang akan dilaksanakan secara berfasa nanti,” sambungnya.

Baucar buku ini akan mula diagihkan secara berperingkat berperingkat menggunakan e-baucar bermula 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2024 dengan setiap pelajar hanya layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast