Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Zaliha Mustafa.

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menggunakan penjanaan tenaga boleh baharu (solar) di sembilan bangunan miliknya dalam usaha menjadi Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2030.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mewujudkan pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon.

“Buat permulaan, TNB melalui anak syarikatnya, GSPRAX akan melakukan pemasangan sistem solar berkapasiti 63kWP di Kompleks Perbadanan Putrajaya melalui Perjanjian Tenaga Boleh Baharu (SARE).

“Ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat yang mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan untuk pemasangan sekaligus menjadikan Putarajaya sebagai lokasi makmal hidup untuk teknologi berkaitan tenaga.

“Selain itu, PPj dan TNB juga akan bekerjasama di dalam perkongsian, analisa, perancangan, dan auditan data berkaitan dengan penggunaan tenaga dan tenaga boleh baharu,

“Menerusi pelaksanaan SARE ini, kita berharap dalam tempoh 20 tahun, dapat mencapai penjimatan kos perbelanjaan penggunaan tenaga sebanyak RM2.5 juta setahun insya-Allah,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Zaliha Mustafa menyaksikan (MoU) Perjanjian Supply Agreement of Renewable Energy (SARE) di antara Perbadanan Putrajaya (PPj) diwakili oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan (dua kanan) mewakili dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 04 JUN 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Tenaga Boleh Baharu (SARE), di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Presiden PPj, Datuk Fadlum Mak Ujud manakala TNB diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Lapan bangunan di bawah selenggaraan PPj bakal dilengkapkan dengan pemasangan solar adalah Kompleks Kejiranan Presint 8, 9, 11, 16, Kelab Tasik Putrajaya, Kelab Ekuestrian, Kompleks Berkuda dan parkir bertingkat Presint 4.

Tambah Zaliha, kerjasama PPj dan TNB itu bukan sahaja mengoptimumkan impak ‘Roadmap’ Putrajaya Bandar Rendah Karbon malah dapat mengembangkan inovasi serta penglibatan industri yang terlibat dalam pembangunan tenaga solar.

“Antara kerjasama tersebut merangkumi pembangunan, penyelenggaraan, penyelidikan dan latihan berkaitan tenaga boleh diperbaharui termasuk pembangunan solar bumbung, kenderaan elektrik dan infrastuktur berkaitan dengannya.

“Kita juga bercadang untuk menukar 28,000 lampu jalan LED solar di Putrajaya namun konsep modelnya akan dimaklumkan nanti malah kita menyasarkan pemasangan sebanyak 500 stesen EV charger di sini,” jelasnya.

Pada masa sama, Zaliha memaklumkan GSPRAX turut menawarkan promosi khas kepada kediaman persendirian bagi warga Purajaya yang berminat untuk menggunakan tenaga hijau dan penjimatan bil elektrik.

“Tawaran ini terbuka kepada 200 orang terawal yang miliki kediaman di Putrajaya selama sebulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini.

“Mereka yang berminat boleh membuat permohonan melalui tiga kaedah, iaitu permohoan secara fizikal di Kedai Tenaga Putrajaya, atau telefon di talian 010-337669/ 01-36463837 atau e-mel di retail. [email protected],” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast