Wendy Subramaniam

KUALA LUMPUR – Media tempatan wajar diberi kebebasan dalam menghasilkan laporan berita sebagai satu kaedah semak dan imbang.

Ini kerana, selagi sesuatu berita yang dilapor tidak palsu atau melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233(a), tidak wajar sesuatu arahan dikeluarkan bagi menarik barita ataupun artikel yang sudah diterbikan.

“Memang saya sokong kenyataan Presiden NPC, kita kena faham bahawa Malaysia bukan ‘negara polis’, atau ‘maha menteri’.

“Mereka tidak boleh buat sesuka hati kerana Malaysia mempunyai undang-undang yang merupakan kitab utama yang perlu kita hormati,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Wendy berkata, amalan sedemikian oleh segelintir pihak atasan mahupun golongan maha kuasa merupakan pelanggaran serius terhadap kebebasan bersuara yang semakin tidak rancak di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ketika ini, kebebasan media Malaysia jatuh ke tangga 34 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 dengan Malaysia berada dikedudukan ke-107 berbanding ke-73 tahun lepas.

Wendy turut menyindir pentadbiran Anwar yang dilihat sangat jauh daripada reformasi dengan mendakwa, ini adalah warna sebenar Pakatan Harapan.

Beliau turut mengingatkan pentadbiran Anwar supaya jangan hanya mengeluarkan kenyataan ‘menyokong kebebasan media’ tetapi, tindakan tidak sebegitu terutamanya apabila melibatkan pembangkang. – MalaysiaGazette